Kayuhan KUD

Acara


Lokasi

Persiaran Flora, Cyberjaya

Jarak Kayuhan

15 km

(Kayuhan Santai)

Tarikh & Masa

04 Oktober 2019 (Jumaat)

Pelepasan pada 8.00PM

Kategori Basikal

Terbuka

(Road Bike, Mountain Bike, Tandem, Folding Bike)

Penyertaan

Terbuka kepada semua lapisan umur

12tahun - 17tahun (Penyertaan bersama penjaga)

18tahun ke atas (Penyertaan Terbuka)

 

Pendaftaran ditutup pada 1 Oktober 2019.

Aturcara


5.00 petang hingga 7.00 malam Pengambilan “Pack” Penyertaan di Khemah Urusetia Acara ditempat Mula dan Tamat
7.30 malam Penutupan Jalan dimulakan
7.45 malam Ketibaan Jemputan Kehormat
8.00 malam Pelepasan Acara
8.45 malam Persembahan buskers dan hiburan
9.30 malam Acara Tamat
Persembahan buskers dan hiburan
9.45 malam Cabutan Nombor Bertuah
Persembahan buskers dan hiburan
10.00 malam Acara Bersurai

Latar belakang


KUD Kayuhan Santai @ Cyberjaya

Bersempena dengan penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) Putrajaya 2019 pada 17hb hingga 21hb Oktober, 2019, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menganjurkan KUD Kayuhan Santai di Persiaran Floria, Cyberjaya pada 4hb Oktober,2019 (Jumaat) jam 8 malam.

Acara Kayuhan Santai ini terbuka kepada Warga semua Kementerian, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), GLCs dan GLICs, Organisasi Awam dan Swasta, Kelab Kelab Rekreasi & Berbasikal dan orang ramai berumur 18 tahun ke atas.Bagi mereka antara 12 tahun hingga 17 tahun wajib dapat kebenaran penjaga dan didaftarkan oleh penjaga.

Peserta wajib membaca dan mematuhi syarat penyertaan dan bertanggungjawab di atas kesihatan, keselamatan dan harta benda masing-masing semasa mengambil bahagian.

Penganjur:

Kementerian Pembangunan Luar Bandar,

No. 47 Persiaran Perdana,

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan.

Persekutuan, 62100 Putrajaya.Malaysia

Tel No: +603 8000 8000

Website: www.rurallink.gov.my

Diuruskan oleh:

Pusat Pembangunan Rekabentuk Malaysia

(Malaysia Design Development Center),

22 Jalan Kia Peng,

50450 Kuala Lumpur. Malaysia.

Tel No: +603 2161 9002

Website: www.ddec.my

Laluan


Parking

PERATURAN DAN SYARAT PENYERTAAN


1. Yuran Penyertaan RM10 (Ringgit Malaysia sepuluh sahaja) untuk seorang.

2. Terbuka kepada rakyat Malaysia dan Luar Negara berumur 18 tahun keatas.Bagi mereka antara 12 tahun hingga 17 tahun wajib dapat kebenaran penjaga dan didaftarkan oleh penjaga.

3. Peserta yang menyertai acara ini dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

4. Peserta perlu memastikan bahawa tahap kesihatan diri adalah baik dan berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam acara ini.

5. Peserta yang menggunakan basikal sendiri bertanggung jawab memastikan basikal tersebut selamat untuk digunakan, ada brek dan berlampu depan & belakang. Perkhidmatan sewaan basikal disediakan dan peserta boleh rizab basikal diborang pendaftaran.

6. Peserta WAJIB memakai Helmet semasa acara ini berlangsung. “No Helmet No Ride”.

7. Peserta hanya dibenarkan menggunakan basikal jenis roadbike atau Mountainbike atau Foldie

8. Semua peserta yang berdaftar layak untuk CABUTAN BERTUAH dan perlu menunjukkan Nombor Plat semasa mengambil hadiah.

9. Peserta juga perlu menunjukkan Nombor Plat kepada urusetia semasa menuntut tshirt acara.

10. Segala risiko adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan, kecederaan atau kematian serta kehilangan mahupun kerosakan harta benda sebelum, semasa dan selepas acara ini berlangsung.

11. Pendaftaran peserta hanya dibenarkan melalui talian (ONLINE) sahaja. Pendaftaran awal diutamakan bagi 1,000 peserta sahaja untuk mendapatkan cenderahati Tshirt.

12. Para peserta boleh mengambil nombor plat basikal pada hari Jumaat 4hb Oktober,2019 dikhemah Urusetia ditempat MULA/TAMAT di Persiaran Flora. Cybejaya. Bermula 6 petang.

13. Peserta wajib berumur 18 tahun keatas pada hari acara. Bagi mereka antara 12 tahun hingga 17 tahun wajib dapat kebenaran penjaga dan didaftarkan oleh penjaga.

14. Keputusan Penganjur/Pengurus adalah muktamad. Sebarang bentuk bantahan tidak akan di layan.

T-Shirt


T-SHIRT UNTUK PENDAFTAR 1,000 PESERTA YANG PERTAMA.

Pendaftaran


Pendaftaran telah ditutup

T-Shirt Sizing


Size Half Chest Length
XS 18" 26"
S 19" 27"
M 20" 28"
L 21" 29"
XL 22" 30"
2XL 23" 31"
3XL 24" 32"

Penganjur


Dianjurkan oleh

Dengan Kerjasama:

Diuruskan oleh:

Dibantu oleh: